Tuesday, December 28, 2010

Untukmu Teman


nota kasih dan sayang untuk sahabat-sahabat yang di kasihi..
(kepada mereka yang sempat diberi gelaran)

TUAN PUTERI


~syukran jazilan yang tidak terkata buat anti..
anti selalu ada bila masa ana memerlukan nasihat dan bimbingan..
pesanan anti kepada ana : 

"Kesusahan memberi aku mengenali erti Tuhan..
Kegelisahan memberi aku mengenali erti berzikir kepada-Nya..
Kematian mengajar aku erti takut kepada Tuhan..
Apa yang kita lakukan adalah 1 pengajaran bagi kita..
Jadikan kesilapan yang lalu sebagai pedoman, jadikan kenangan manis dahulu sebagai memori.."

Syukran jazilan ya Tuan Puteri..
kenangan kita di bergambar di pantai (terengganu) sentiasa dalam ingatan..
anti dan hajar sentiasa mewarnai kenangan ana
moga-moga kita semua dapat bertemu kembali
setidaknya di syurga yang kekal abadi
Tuan Puteri,
jaga empayar anti baik-baik ye.. 
Uhibbuki fillah~

TEMANKU COMEL


~terima kasih temanku comel, kerana hadir dikala
diri ini keseorangan..
Ku masih ingat dahulu tika diri ini baru melangkah ke dunia baru,
dikau dengan seikhlas hati menawarkan diri menjadi teman ku
sepanjang berada di dunia itu sehingga dapat menyesuaikan diri..
terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan kepada diri ini tidak kira masa
dan menjadi pendengar yang setia..
pesanan awak kepada saya :

" Kawan.., sahabat..., teman..,
Semua bagiku sama tapi hanya 1 yang membezakan mereka .
Kawan sejati, Sahabat sejati, mahupun teman sejati.
Itu sudah cukup membuat hidupku gembira..
Carilah seseorang untuk mengisi kekosangan itu
agar hidup ini dapat dipenuhi keindahan-Nya..
Dikau sentiasa di lubuk hatiku.."

Terima kasih ye Temanku Comel..
kenangan kita bersama tidak pernah ku lupakan..
Uhibbuki fillah~

KAQ LONG


~Syukran jazilan ya kaq long..
kerana banyak mendidik kaq ngah supaya lebih pandai memahami 
seseorang itu.. 
sentiasa menguji kesabaran dan keikhlasan kaq ngah..
kaq ngah cukup3x hargai semua itu..
kerana kaq long menjadikan kaq ngah seorang yang mula pandai memahami seseorang itu,
menjadikan kaq ngah seorang yang sabar menghadapi karenah 
dan tohmahan orang sekeliling..
pesanan kaq long kepada kaq ngah :

" Salam, awak.. syukran untuk surat tu, saya sayang awak...
kaq long sayang kaq ngah..
jangan lupakan dan tinggalkan kaq long ea..
kaq long *** sebab kaq long tak sebaik kaq ngah dalam ukhuwah
yang terbina antara kita :-(
kaq long minta maaf kerana tak dapat menjadi yang terbaik
untuk kaq ngah dan tak dapat jaga kaq ngah 'time' kaq ngah
sakit atau sebagainya"

Syukran jazilan ye kaq long kerana menerima kaq ngah seadanya..
maafkan kaq ngah kalau tidak mampu menceritakan segala-galanya tentang kaq ngah,
maaf kan kaq ngah juga kalau diri ini sentiasa menyusahkan ketika sakit menjelma..
Uhibbuki fillah~

ADEQ


~Syukran jazilan ye adeq sebab...
mengajar kaq ngah supaya menjadi pendengar yang baik..
mengajar kaq ngah supaya jangan sedih-sedih..
adeq memang petah bercerita..
sentiasa bersama-sama menyertai program-program..
cuma satu je yang kaq ngah tak suka,
adeq kadang-kadang selalu pendam perasaan,
tak nak cerita pada kaq ngah..
walau apa pun,
kaq ngah nak adeq tahu yang kaq ngah sentiasa ada
bila mana adeq nak meluahkan apa-apa yang terbuku di hati adeq..
pesanan adeq kepada kaq ngah :

" Bila terdengar lagu Menanti Di Barzakh,
ingat-ingat la kat adeq ye.. :)"

InsyaAllah..
Syukran kerana menerima kaq ngah sedari mula melangkah masuk
ke ***..
Satu lagi perkara yang membuatkan kaq ngah selalu teringatkn adeq ialah
'chocolate' terutamanya Beryls..
Uhibbuki fillah~

MU'MIN AL-MUJAHID


" Allah sentiasa bersama mu...
Kalau tak terluah kesedihan dengan manusia... Allah lebih mendengar, memahami, & mengasihani..
Setiap manusia perlukan pertolongan... dan setiap pertolongan perlukan bimbingan daripada Maha Penguasa alam... ALLAH...
 Selagi tindakan itu baik untuk diri ***....
itu tindakan yang betul..."

PROF.S


"Kenapa semua orang pentingkan kejayaan.. tapi kejayaan yang macam mana yang *** nak?
bagi *** berjaya macam mana sekalipun seseorang itu tapi tanggungjawab 
tak tertunai buat apa..
ada bermacam kejayaan dalam dunia ni..
dapat capai cita-cita itu pun berjaya juga..
dapat melaksanakn tanggungjawab sebagai umat Islam sudah dikira berjaya..
perkara paling asas  kita nak tahu untuk diri kita semestinya cita-cita..
sudah capai cita-cita baru fikir benda lain.." 

pesanan ana kepada kalian :


"Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Ingatlah sahabatku sayang..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Moga dapat melepasakan rindu pada setiap bait.."

SrikandiAisyaHumaira
04:00
28/12/10
22 Muharram 1432

1 comment:

  1. assalamualaikum.....
    syukran ea kak ngah....kak long harap angah baek2 di sana....tolong sgt3 jgn la lupakan kak long...
    kak long syg sgt angah,,sentiasa mengingatkan kak long agar jgn terpedaya dgn duniawi...kerana hidup ini singkat,,maafkan kak long kerana tidak dpt menjadi yg terbaek buat angah....terima kasih atas segala-galanya...jgn tinggalkan kak long..jgn lupakan kak long..satu kak long nak pesan,,ukhuwah yg terjalin antara kita ini kerana Allah...jd angah jgn risau ea,,yg pnting sekali,,angah akan menjadi sahabat kak long yg paling dekat di hati kak long....angah sabar dan tabah taw kerana Dia suka pada hamba-Nya yg tabah....maaf kerana selalu tiada di sisi angah tika angah perlukan kak long...hanya air mata yg mampu menemani kak long apabile terkenangkan angah dan kenangan kita...kak long syg sgt,sgt,sgt kat angah....
    uhibbukafillah ea angah.,...doakan moga Allah memudahkan kita agar dipertemukan kembali...
    insyaAllah,,rindu,syg dan cinta pada angah...
    sahabat kak long yg paling dekat dgn kak long...

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...