Tuesday, August 16, 2011

Buat Kesekian Kali

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Dengan nama-Mu 
Tuhan Agama Langit
Aku mula menzahirkan
Apa yang sedang bermelodi di hati
Hati kepunyaan-Mu ya Rabbi
Apa yang ku ada
Milik mutlak Ilahi..


Ikhlas ku katakan 
Coretan ini ku ukirkan buat insan-insan
Yang mahu memahami
Pada setiap bait
Tinta ini menjadi saksi
Dan pastinya saksi tetapku
Tidak berubah tidak berganjak
Tuhan Agama Langit yang Benar
Dunia, akhirat..


Aku merasakn seakan-akan diseru
Kesuatu daerah
Yang aku sendiri tidak mampu merungkainya..
Pada malam ini..
Malam 17 Ramadhan 1432H
Malam yang penuh dengan riwayatnya tersendiri
Untuk sama-sama kita bermuhasabah
Tentang kejadian ini
Yang sering disangkakan indah sempurna..


Namun,
Setiap detik terus berlalu
setiap detik itu terus menguji setiaku pada yang Satu
Dan setiap detik itu juga ku tidak menyedari
Kelalaian kian membawa kehancuran

Ku terfikir sejenak
Dan ku mula mengakui dengan penuh kejujuran
Diri ini hanya insan yang lemah
Adakalanya mudah tertipu
Pada janji-janji dunia fana
Pada khayalan dusta semata..

'Tidakkah engkau mengetahui
Engkau sebenarnya angkuh
Angkuh dengan perintah Tuhan mu
Padahal engkau tidak bisa tenang
Tanpa cinta Pemilik Segala Cinta'


Mengapa??
Mengapa aku mudah membiarkan manik-manik jernih ini terus mengalir?
Aku berusaha memujuk dirimu
Kembalilah
Kepada Kekasih yang Satu
Kembalilah 
Kepada Kekasih mu yang Setia
Kau tidak akan mampu bertahan
Dan jangan pernah kau bermimpi
Bahawa ketenangan akan menjadi milik mu abadi
Tanpa cahaya cinta-Nya
Segalanya tidak mungkin terjadi..
  
SrikandiAisyaHumaira
01:03
17/08/2011
17 Ramadhan 1432H
______________________________


Terpanggilku ke sini suatu tika
Ku tiba di kota bersama cita-cita
Lantas hati terpaut pada maya pesona
Percaya segalanya indah sempurna

Masa berlalu menduga kesetiaan
Kealpaan diri menuju kehancuran

Aku yang lena lemah tak berdaya
Seirng terlupa jua terpedaya
Pada segala dusta yang fana
Hanyut dibuai mimpi dunia

Aku yang angkuh dan kian terleka
Menghitung waktu menuruti rasa
Tanpa cinta-Mu aku gelisah
Terus menjauh tiada arah

Inginku kembali pada-Mu oh Kekasih
Tak ingin ku tempuh hidup sebegini
Resah keliru mengaburi mata hatiku
Tiada ketenangan ku rasakn di jiwa ini

Tanpa cahya-Mu aku terus terjatuh
Ku rayu redha-Mu
Sambutlah tanganku

Kekasih ku pohonkan kemaafan-Mu
Kekasih ku dambakan keampunan dari-Mu


Friday, August 5, 2011

Duhai Manusia! Janganlah berpaling dari yang Esa..


Saat ini jemari kurniaan-Nya mula menari
Saat ini bicara lahir dari hati
Saat ini hati teringat Ilahi
Saat ini diri ini mula menangis


Menangis menangis dan menangis..
Setitis demi setitis
Gugur mutiara melintasi pipi
Semakin lama semakin tegar untuk berhenti



Ya Allah..
Aku tahu Kau mengetahui apa sbenarnya di hati ini
Aku sungguh khuatir..
Apa yang bakal terjadi pada hari esok
Membawa kepada kehancuran dunia
Mungkin
Manusia itu memang sama
Tetapi tidak pernah serupa..



Aku khuatir
Jika sekiranya yang bernama manusia itu
Tidak bersyukur atas nikmat-Nya
Angkuh dengan kemajuan yang mereka capai
Sekaligus merosakkan alam yang indah
Dengan tangan mereka sendiri..!


Kerna..
Di dalam Kitab Langit ada tertulis
‘Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
Kerana Allah hendak merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat’ (Ar-Rum 30:41)


Apabila akhirat itu tiba
Maka terhapuslah segala dusta


Percayalah bahawa
Sesungguhnya semua manusia itu rugi,
Kecuali yang beriman dan beramal soleh,
Berpesan-pesan akan kebenaran dan
Berpesan-pesan juga akan kesabaran..

SrikandiAisyaHumaira
05/08/2011
05 Ramadhan 1432H


Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...