Wednesday, November 30, 2011

Cerpen : Itu Pilihanku



“Tapi kenapa? Tidak cukup cantikkah Baz di mata abang.”

“Saya bukan yang terbaik untuk awak.”

Perbualan dimatikan.

Badannya dihempas di atas katil bujang. Memandang siling.

“Kau ni tak habis-habis bertukar pasangan. Tak menyesal?” Adam yang tekun mengulang kaji di meja studi agak terganggu dengan perbualan teman sebiliknya.

“Menyesal?” senyuman sinis jelas terukir.

“Seronok apa. Aku tak suka terikat pada satu-satu perempuan. Bosan. Lagipun ramai lagi lebih cantik dari dia.”

Adam terus tekun menaip nota di ‘lappy’ apple nya. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar sahabatnya berhenti mempermainkan perasaan perempuan.

Gelombang telefon bimbit mengganggu ‘speaker’ di meja studinya. Getaran telefon bimbit menarik perhatiannya.

“Assalamualaikum.” Perbualan bermula.

Banna sedari tadi memandang siling  bingkas bangun. Tuala di hujung katil di capai.

Adam berpaling ke arah temannya, “Banna, jom ikut aku jemaah di masjid. 20 minit lagi azan lah nanti. Sekali sama-sama turun dewan futsal.”

“Tak apalah. Kau pergilah dulu. Aku nak mandi kejap. Kita jumpa di dewan futsal nanti.”

Adam hanya memandang temannya. Senyuman terukir.

*****

Selepas solat Asar berjemaah di masjid, Adam bergegas melangkah ke kompleks sukan. Dia telah bersetuju mengikut bermain futsal bersama temannya di talian sebelum Asar tadi. Dalam perjalanan matanya bertembung dengan seseorang yang amat dikenali. Dia tersenyum dan berpaling ke arah lain.Kakinya tenang mengatur langkah.

‘Subhanallah,’ hatinya berbisik.

Nia Maria segera mengalihkan pandangan apabila mata mereka bertembung. Dia memakai abaya dengan sulaman halus bertudung tampak ringkas. Tetapi mempesona. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi tersedia ada di taman tersebut. Menunggu sahabat lama. Itu tujuannya. Buku-buku yang dibawa diletakkan di sebelah.

“Bang, Fisha terseksa bila abang buat Fisha macam ni. Fisha ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Lagipun dah lama abang tak keluar dengan Fisha. Abang dah benci Fisha ke?” 

Fisha berjaya membuatkan panggilan telefonnya dijawab.

“Fisha, abang dah berjanji nak keluar main futsal dengan kawan-kawan. Nanti malam abang belanja Fisha ye,” Banna cuba memujuk gadis yang berbicara menerusi telefon.

“Abang janji tau. Kita pergi ‘shopping’ sekali. Ok. Sayang abang.”

Perbualan terputus. Banna memandang skrin telefonnya. ‘Kalau macam ni hari-hari tak tenang aku. Duit pun tak cukup nak buat belajar,’ dirinya mengeluh.


Kakinya terus melangkah tanpa memandang ke hadapan. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh.

“Maaf.”

Tutur seseorang dihadapan sambil mengutip kembali buku-bukunya yang terjatuh. Banna membantu. Tatkala mengangkat muka, matanya memandang seraut wajah. Tenang. Itu yang dirasakan. Banna cukup mengenali gadis dihadapannya itu. Ya, dia pernah berusaha menundukkan hati gadis itu tetapi tidak pernah berjaya.


Gadis itu terus berlalu apabila menyedari dirinya ditenung lama. Temannya yang sedari tadi menonton kejadian itu berlari anak mengejar sahabatnya.

“Nia..”

*****

“Bersemangat kau bermain hari ini, Banna.” Tangannya menepuk perlahan belakang Banna sambil menghulur sebotol air mineral.

“Biasalah. Nasib baik aku ada, kalau tak, tak menang ‘team’ kita.” Air mineral diteguk.

“Alhamdulillah.”

“Eh, bila kau nak kenalkan aku dengan tunang kau. Bertunang pun senyap-senyap.”

Adam tersentap, “Mana kau tahu ni?”

“Alah, aku tahu lah. Siapa tunang kau?” Banna mengukir senyuman nakal. Badannya dirapatkan dengan Adam seraya menyambung kembali, “Lawa tak?”

“Ish, kau ni. Tak payah kenal lagi. Akad nikah nanti aku kenalkan. Lagipun bertunang je.”

“Kau tak pergi ‘dating’ ke dengan tunang kau. Masa ni la nak kenal.”

“Bertunang bukan lesen untuk aku buat perkara maksiat.”

“Alah. Pergi ‘dating’ je bukan pergi berzina.”

“Itu pun dikira menghampiri zina. Kau pun tahu kan Allah pernah berfirman, maksudnya…”

“Cakap dengan kau memang aku tak menang. Tak ‘sporting’ la kau ni. Dah lah. Aku nak pergi ‘dinner’ dengan ‘girlfriend’ baru aku.” Banna bingkas bangun dari tempat duduk. Kaki membuka langkah.

“Yeke? Aku baru nak belanja kau makan.” Adam mengumpan.

Banna berpaling, “Eh, yeke. Await tak bagitahu awal-awal. Jom lah.”

“Lain kali je lah. Kau kan nak pergi ‘dinner’ dengan ‘gilerfriend’ kau tu.” Adam sengaja menekan ayat ‘gilerfriend’ yang sebenarnya membawa maksud ‘girlfriend’.

“Alah. Aku acah je. Jom lah. Aku tengah pokai ni.”

“Dah tahu pokai masih lagi perempuan keliling pinggang. Sudah-sudahlah jadi ‘buayafriend’ bercinta dengan ‘gilerfriend’.”

“Kau ni tak habis-habis dengan istilah-istilah tu. Bagilah aku semangat sikit nak cari duit tambahan macam mana,” Banna bersuara mendatar.

Adam merapati sahabatnya meletakkan tangan di bahunya, “Alah. Rileks la. Aku kan ada. Aku tanggung kau tapi bukan kau punya ‘gilerfriend’. Yang tu kau tanggung sendiri.”

‘Alhamdulillah, dapat juga aku jauhkan dia dari buat maksiat,’ Adam tersenyum. 

Bersambung


SrikandiAisyaHumaira
18:05
30/11/2011
05 Muharram 1433H


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...