Wednesday, November 24, 2010

Akhirat, Kiamat.... InsyaAllah akan Tiba


Ketika tiupan bayu mengelus lembut di wajah
Ketika pena di jemari sedia untuk ditarikan
Aku menatap di dada langit yang indah 
Begitu ciptaan Tuhan tiada bandingan
Ku berbisik, betapa kerdilnya insan
Betapa jahil meliputi jiwa
Tatkala mereka itu mencabar Pencipta dunia..!

Aku sedih mengingati janji yang diikat di hadapan Ilahi
Segalanya suram apabila melihat fenomena ini
Rata-rata manusia derhaka pada Tuhan nya
Hingga terkadang tubuhku mengigil ketakutan
Takut jikalau diri ini turut menderhaka kepada Nya..


Kiamat merupakan tanda penghabisan dunia
Akhirat pula alam tempat berhimpunnya manusia
Hingga terkadang aku merasakan detik itu hampir tiba
Apabila berlakunya fitnah luar biasa dalam sejarah ketamadunan manusia

Aku merenung lagi langit di luar jendela
Burung-burung riang beterbangan di udara
Udara, tanpanya kita tidak wujud di dunia
Maha suci Allah yang memberi peluang kepada kita semua
Peluang untuk kita mengumpul pahala bagi amalan kita
Sebelum berangkat di alam yang menegakkan segala keadilan
Alam itu kekal selamanya

Namun, realitinya dunia belum tiba di penghujungnya
Dan janji pada Tuhan belum lagi dilaksanakan
Solat pada waktunya, taat pada kedua-dua orang tua mu, jihad fisabilillah
Benar, perjalanan ini amat perit untuk kita tempuhi
Melawan nafsu yang bermaharajalela di dalam diri
Tetapi syurga itu amat manis untuk dikecapi


Perit di dunia hanya sementara, 
Manis di syurga kekal selamanya..
InsyaAllah..
Ameen..~

SrikandiAisyaHumaira
07:48
25/11/10

Tuesday, November 23, 2010

Istimewa Buat Para Sahabat yg Dirindui

Satu Suara



Getaran memori semalam
Terasa hangat masa silam
Bagai sinar yang tak terpadam
Ketenangan raut wajahmu
Sesegar tulus senyumanmu
Mesra dan ceria menguntum
Kisah antara kau dan aku
Indah tak pernah luntur

Kenangan bahgia bersama mu teman
Terlukis jelas di ingatan
Tidak kan bisa untuk ku lupakan
Walaupun saat ini kita terpisah
Jauh dari pandangan mata
Kukuh jalinan ini takkan goyah
Dengan rahmatNya

Merenung detik-detik lalu
Kita terduga dan tersungkur
Namun kecewa bukan penghujung
Nyalan obor kesabaran
Menyinar erti pengorbanan
Tersingkap rahsia jadi pedoman
Kita masih di sini
Menjejak redha Illahi

Bersama kita alunkan satu suara
Dendang irama lagu setia
Teguh ikatan hingga ke akhirnya
Bersama genggam erat kata dan janji
Kita jadikan realiti
Zahir impian cita seribu erti
Perjuangan suci

Mara melangkah tiada gentar
Kembara kita ke satu arah
Terus mencari
Cnta Yang Esa

Bersama kita alunkan satu suara
Dendang irama lagu setia
Teguh ikatan hingga ke akhirnya
Bersama genggam erat kata dan janji
Kita jadikan realiti
Zahir impian cita seribu erti
Perjuangan bersama
Yang Maha Esa


Mengenali Insan


Mengenali seseorang itu kadangkala 
Membuat kita mengalir air mata
Sesungguhnya mengenali seseorang itu
Mampu memberi sejuta rasa;
Marah, sedih, gembira, rindu, sayang dan cinta

Tetapi sedarkah kita
Mengenali seseorang itu adalah satu anugerah
Biarpun hadirnya hanya seketika
Dan sekadar teman sementara
Bersyukurlah kita dengan kehadirannya
Kerana barangkali melaluinya
Kita mengerti apa itu erti cinta dan sayang..

petikan dari novel Melakar Cinta Firdausi

Saturday, November 13, 2010

Ingati Daku Duhai Sahabat


Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.

Ingati daku 
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan.

Ingati daku 
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.

Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.

Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.


Wednesday, November 10, 2010

Tipuan Duniawi


Demi umurku. 
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Demi Allah.
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekiNya
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..



Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan.

Ada orang berkata
Kulihat hari memberi cela kepada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
kukata kepadanya ambillah apa adanya

Banyak aku berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
Tanyakan pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

Adakah engkau bahagiakan mereka?
tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
yang tertipu dengan kelazatan
Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..

Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..




Sumber : Penenang Jiwa Pengubatan & Rawatan (Imam Al-Ghazali)

Thursday, November 4, 2010

Srikandi Islam Sejati

Wahai srikandi, lihat nun di sana
Islam mu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujadid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati


Wahai srikandi, khidmat mu di nanti
Ummah derita, engkau pengubatnya
Kelembutan mu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya

Namun ingat srikandi, ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuangan mu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati nurani

Wahai srikandi, kau muslimah sejati
Teguhkan iman, taqwa mu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amal mu menjadi bukti dan saksi

Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbanan mu akan disanjungi

Puteri solehah, mujahidah, ansarullah
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang
Berkorban agar Islam kan gemilang


Bersama Srikandi Islam kan gemilang
Subur disirami, harum mewangi
Wahai Srikandi, dikau muslimah sejati
Mencari dan terus mencari CINTA ILAHI..

hasil nukilan : Khalifah Umar (teman seperjuangan ku) 

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...