Saturday, June 23, 2012

Qalbuku Merintih




Anak-anak kecil itu merintih,
Aku juga merintih,
Namun tiada persamaan walau kita sama-sama merintih..

Gadis-gadis itu merayu,
Aku juga merayu,
Namun tiada persamaan walau kita sama-sama merayu..

Wanita-wanita tua itu meratapi,
Aku juga meratapi,
Namun tiada persamaan walau kita sama-sama meratapi..


Lantas...
Aku tertunduk malu..
Betapa hinanya diriku,
Kerana tiada jiwa seperti dirimu,
Jiwa seorang yang tabah dan terus berjuang,
Demi Allah, kebahagiaan akan kau julang,
Walau kau diseksa dan dibunuh begitu kejam..

Wahai Syria,
Ke depan Bashar, ke belakang penjara,
Ke depan syahid, ke belakang kem seksa,
Ke depan revolusi, ke belakang hina

Darah sudah tertumpah,
Tiada erti patah balik,
Tumbangkan sang penzalim itu,
Atau mati penuh mulia

***

Usah sekadar melihat video sengsara mereka..
Tapi, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..
Usah sekadar meraung melihat derita mereka..
Tapi, mari kite bergerak bersama membina sahsiah unggul Islamiah dalam diri, hati dan jiwa..
Jangan sekadar menitiskan air mata duka kerana seksaan mereka..
Tapi, mari kita berpakat untuk mujahadah bersama melawan nafsu Syaitaniah dan Jahiliyyah dalam diri kita..

Semoga usaha kita nanti menatijahkan perjuangan yang sebenar yang bermula dalam diri..
Semoga usaha kita nanti mendapat perhatian dan keradhaan Ilahi..
Semoga usaha kita nanti bakal menghadiahkan kemenangan yang sebenar untuk Islam di seluruh dunia..
Semoga usaha kita membuahkan kenikmatan di syurga..


# Syria will be free.. Give.. Pray.. Love.. Care.. Allahu Allah..

SrikandiAisyaHumaira
21:31
23/06/2012
03 Syaaban 1433H



No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...