Saturday, November 19, 2011

Cerpen : Ku tetap menanti



Lagu Gerimis dendangan kumpulan nasyid Far East dimatikan. Mp3 dimasukkan ke dalam saku abaya. Menutup dan menyusun kembali buku-buku yang menghiasi meja di perpustakaan. Lantas bangun dan menyimpan buku-buku yang dijadikan sebagai rujukan di tempat asalnya. Rapi. Kaki terus melangkah ke pintu keluar.

Subhanallah. Gerimis telah pun memunculkan diri. Harapnya tidak bertukar menjadi lebat. Aku berjalan pantas ke perhentiaan bas. Merehatkan diri di bangku yang tersedia ada. Fail yang dijadikan sebagai payung sementara sebentar tadi ku bersihkan dengan tisu yang selalu ku bawa.

Apabila selesai, aku tertarik untuk melihat dua orang sahabat yang bergurau senda tidak jauh dari ku. Mereka tersenyum simpul, mesra disamping pendampingnya. Tiba-tiba aku merasa rindu. Rindu kepada seseorang yang selalu menghadiahkan senyuman kepada ku tanpa aku sedar, aku telah menyakiti dia.

Argh. Hatiku menyalahkan diri sendiri. Tidak mampu menjaga hati, hanya sekeping hati milik seorang sahabat. Aku memanggu diri di perhentian bas, terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan muslimah melintas jalan menuju ke arah kedai buku dihadapan.
‘Indahnya dapat menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat ‘membeli’ ilmu.’ Monolog ku sendirian.

Teringat aku akan salah seorang sahabatku. Betapa indahnya ketika itu, sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Kini, aku duduk sendirian di perhentian ini. Tanpa membuang waktu aku mengeluarkan diari ku yang sarat dengan coretan hati. Pen yang sentiasa menjadi pendamping ku juga dikeluarkan.

Salamun'alaiQ,
Sahabat ku sayang,
Apa agaknya khabar mu disana,
Ku berdoa agar kau sentiasa ceria.

Sahabatku,
Sekian lama ku menanti saat bertemunya dengan dirimu
Sabar dan tabah menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu.

Sahabatku,
Ku tidak pernah putus berdoa berharap agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini
Namun sering kali ku tebenam sendiri
Dalam kekalutan dan keresahan yang membelenggu hati
Mungkin satu saat kau mengerti.

Sahabatku,
Maafkan daku kerana tiada upaya untuk terus disisi
Dalam mencari bening-bening taqwa Ilahi
Aku sendiri terpenjara dalam ciptaan dunia fantasi

Sahabatku,
Ketahuilah  aku masih setia disini
Menanti...
Satu pertemuan yang aku sendiri tidak pasti
Untuk kita bersua kembali
Bersama tarbiyah diri dan fahami
Erti sebuah perjuangan yang menuju cinta hakiki dan abadi

Pintaku,
Terus menjaga iman di hati
Jangan sesekali pernah kau berhenti
Tetaplah istikomah dan tegarlah
Menghadapi segala ujian dalam kehidupan ini.

Insya-Allah
Saat yang ku pasti akan berlaku jua
Walaupun tidak seindah satu saat dahulu
Aku tetap bersyukur
Kerana penghujungnya, doa dan impianku
Menjadi satu realiti
Apa yang ku pasti
Keyakinanku tidak pernah pudar.

Salam mujahadah sahabat srikandi ku
Iringilah langkahmu bersama doa
Dan harapan yang tinggi agar terus berada di medan perjuangan suci ini.

“Kau masih boleh memberikan kepercayaan kepada ku
Bahawa lara mu adalah haru biruku
Kerna ku adalah sahabatmu.” - Humaira

“Aku merindui mu sahabatku.” Ikhlas hatiku berbicara.
Harapanku agar suatu hari terbuka hati nya untuk kembali mendampingi diriku. Melakar semangat yang baru. Mencapai impian dan matlamat dalam kehidupan ini bersama.  Aku menutup diari pendamping hidupku sambil menyeka air mata yang hampir melintasi dagu. Hati terus mendamba dan memohon agar dia hadir kembali. Akan ku buang jauh nostalgia pahit itu dari lubuk sanubariku. Moga aku dan dia bisa bertemu redha Ilahi.

*****
“Assalamualaikum,” sapa lembut seseorang di hadapanku.

“Wa’alaikumussalam..” jawabku perlahan. Lamaku merenung wajah itu. Antara percaya atau tidak. Sahabat ku, srikandi tercinta kini dihadapanku. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Bahagia.

Sekian lama ku menanti, akhirnya detik ini tiba jua. Aku bingkas bangun. Dia merapati ku dan menyeka air mataku yang aku sendiri tidak menyedari telah pun tumpah. Mencium dan memelukku seperti dahulu. Rindu.

Kami duduk bersama. Dia memandang diari ku. Lama. Senyum dan berkata, “Dulu, kini dan selamanya.” Penuh makna.

Terdetik hatiku ingin meghadiahkan apa yang telah ku coretkan sebentar tadi kepadanya. Pantas ku membelek halaman itu dan mempamerkan kepadanya sambil tersenyum penuh harapan.

“Walau tidak seindah dahulu, biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti tersemat di dalam sebuah diari.”

Sambil menghayati puisi ku, jemari ku kini digenggam erat, seakan-akan tidak mahu berpisah lagi.

‘Alhamdulillah. Syukran ya Allah. Semoga ukhuwah ini bisa menjadi syafaat, di Mahkamah Masyar nanti.’ - Humaira


SrikandiAisyaHumaira
21:07
19/11/11
23 Zulhijjah 1432

3 comments:

  1. assalamualaikum....sejuk hati tatkala membaca n mnghayati stiap bait kata2 n puisi indah dari mu....ya Allah,,,trima kasih kerana hadiahkan aku seorng sahabat sepertimu...syg awk,,humaira...dulu,kini dan selamanya

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam srikandi tercinta.. syukran jazilan yang menggunnung tinggi tidak dapat ku gambarkan kepadamu kerana terus disamping diri ini.. uhibbukifillah abadan abada..

    ReplyDelete
  3. afwan..syukran juga kerana terima diri ini seadanya..asif kerana byk menyakitkan hati dan sentiasa menyusahkan..syukran my dear..moga Allah kekalkan perhubungan ini dan diredhai-Nya..sgt berterima kasih,,angah, my dear, sygku, humaira

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...