Sunday, November 20, 2011

Cerpen : 20-11-2011

[klik pada gambar untuk lebih jelas]

‘Ya Allah.. Sukarnya untuk memahami hati seorang lelaki. Bertambah sukar untuk memahamkan sekeping, hanya sekeping hati lelaki.’

Matanya memandang siling . Kosong. Akal ligat berfikir mencari jalan.

“Senyumanmu yang terindah, dalam jiwamu kepastian, tutur bicara penuh cinta, gapai impian yang nyata..” Ringtone telefon bimbit menyanyikan lagu Kau Terhebat - Nur One. Dengan fikiran yang belum tenteram, Anisa menggapai juga telefon bimbitnya.

‘Ya Allah, bila dia mahu berhenti,’ hatinya berbicara. Paparan skrin 11 ‘missed call’ tidak dihiraukan.

Anisa bingkas bangun. Pintu bilik air dikuak. Niatnya ingin membasahi anggota badan tertentu dengan air mutlak. Selesai berwuduk, dia keluar mencapai telekung yang tergantung di dalam almari. “Senyumanmu yang terindah, dalam jiwamu kepastian, tutur bicara penuh cinta, gapai impian yang nyata..” Deringan telefon bimbit menjerit lagi minta diangkat.
Anisa mengikat tali telekungnya dengan kemas. Telefon bimbit dicapai. Butang ‘off’ ditekan. 

“Allahu Akhbar.” Anisa mula berbicara dengan Tuhan-Nya. Berusaha untuk menjadi khusyuk. Selesainya memohon, mengadu, merintih dengan Tuhan-Nya, dia mencapai kitab suci al-Quran. Hingga dirasakan hatinya tenang. Kitab itu ditutup dan dikucup. Penuh dengan rasa cinta.

****

“Apasal ‘off’ pulak ni. Angkatlah sayang..!” Aiman membentak sendirian. Dia tdak berpuas hati. Dia menghempaskan badannya di katil. Bungkusan kecil yang dibalut rapi ditatap.

“Aiman mencintai Anisa. Percayalah.” Dia berusaha menmiliki hati gadis itu.

“Atas dasar apa?! Atas dasar nafsu enta yang tidak pernah terpadam itu kah?”

“Agama, Anisa. Atas dasar agama yang ada dalam diri Anisa.”

“Enta fahamkah erti sebenar agama itu? Adakah mempermainkan perasaan gadis-gadis yang enta suka itu dikatakan atas dasar agama?”

“Sebab itulah Aiman pilih Anisa. Anisa belajar semua itu. Tolong bimbing Aiman ke jalan agama.”

“Sepatutnya lelaki lah yang membimbing wanita itu. Lelaki adalah ketua dalam keluarganya. Imam bagi isterinya. Enta ada ramai kawan lelaki yang mampu membantu enta. Pergilah bergaul dengan mereka.”

“Tapi Aiman hanya ingin ber’couple’ sahaja. Bukan mahu menikahi atau menjadi suami lagi.”

“Ana faham perasaan enta. Dengar, ana tahu beratnya menggalas perasaan cinta, tatkala pacaran menjadi budaya. Allah pernah berfirman, ‘jangan diikut sebahagian besar manusia.’ – al-An’am ayat 116. Sekadar berkawan boleh diterima. Ber’couple’ sebelum akad itu dilarang agama.”

“Anisa..,”

“Ana mohon. Cintailah Allah. Enta akan terasa nikmatnya. Cintakan ana bersandarkan perasaan suka-suka, ingin ber’couple’ sahaja itu tidak menjamin syurga bagi ana. Assalamualaikum.”

Tit. Tit. Tit.

Perbualan dimatikan.

Lamunannya terhenti. Jam menunjukkan pukul 12:45 minit malam.

‘Bagaiman cara sekali pun aku harus mendapatkan dia.’

*****

Telefon bimbit di ‘on’ kembali. Mesej baru menghiasi skrin. Butang ‘view’ ditekan.

-          You have 7 missed call...

Belum pun habis mesej itu dibaca butang ‘delete’ ditekan. Anisa mencari nama seseorang di dalam ‘contacts’. Butang dial ditekan.

“Assalamualaikum sahabatku sayang. Belum tido lagi?”

“Wa’alaikumussalam. Belum lagilah sahabatku sayang. Ada apa ye?”

“Shaza, esok kita jumpa ye?”

“Mestilah kita jumpa. Kan Sha sudah berjanji.”

“InsyaAllah, sayangku. Bukan berjanji.”

“Hehehe. Maaf, terlupa pulak.”

“Baiklah. Jumpa esok ye. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”

Skrin telefon ditatap. 00:00. Sun 20-11-2011.

‘Subhanalllah. Unik tarikh hari ini.’ Bisik hatinya.

Belum pun sempat berbuat apa-apa, satu mesej baru diterima. Butang ‘view’ ditekan.

-   - Anisa, bersempena hari yang bertarikh 20-11-2011 ini. Aiman igin menjalinkan hubungan istimewa dengan Anisa. Tolong jangan menolakknya. Aiman kira pada tarikh yang unik ini cukup indah jika kita dapat membina perhubungan istimewa. Aiman cintakan Anisa.

Received: 00:03:15
Today
From:
Aiman

Anisa memandang skrin telefon. Akal nya sedang mencari idea.

‘Aku harus berbuat sesuatu.’

Satu kad kecil berwarna biru dikeluarkan. Sebatang pen diambil.

“Bismillah..”

Akhi,
            Selagi belum akad nikah, selagi itulah ada jarak di antara kita. Selagi itulah ada tembok pemisah di antara kita. Selagi itulah ada syaitan yang akan menggoda. Dan selagi itulah akan ada murka Allah di antara akhi dengan ana.

Cintai Dia sebelum Si dia.
20 November 2011
24 Zulhijjah 1432

Kad kecil itu diselitkan di dalam sebuah novel berjudul Kala Cinta & Wahyu Bersatu – A. Ubaidillah Alias. Misinya harus diselesaikan.


Tamat..?

SrikandiAisyaHumaira
17:04
20/11/2011
24 Zulhijjah 1432

2 comments:

  1. assalamualaikum..my dear,,humaira. hati ini terisi dengan cerpen tu...syabas dear.....buat lagi tau....hehe

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam.. alhamdulillah.. dapat juga masuk ke dalam hati.. insyaAllah, doa2kanlah supaya diberi limpahan idea..

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...