Friday, August 5, 2011

Duhai Manusia! Janganlah berpaling dari yang Esa..


Saat ini jemari kurniaan-Nya mula menari
Saat ini bicara lahir dari hati
Saat ini hati teringat Ilahi
Saat ini diri ini mula menangis


Menangis menangis dan menangis..
Setitis demi setitis
Gugur mutiara melintasi pipi
Semakin lama semakin tegar untuk berhenti



Ya Allah..
Aku tahu Kau mengetahui apa sbenarnya di hati ini
Aku sungguh khuatir..
Apa yang bakal terjadi pada hari esok
Membawa kepada kehancuran dunia
Mungkin
Manusia itu memang sama
Tetapi tidak pernah serupa..



Aku khuatir
Jika sekiranya yang bernama manusia itu
Tidak bersyukur atas nikmat-Nya
Angkuh dengan kemajuan yang mereka capai
Sekaligus merosakkan alam yang indah
Dengan tangan mereka sendiri..!


Kerna..
Di dalam Kitab Langit ada tertulis
‘Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
Kerana Allah hendak merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat’ (Ar-Rum 30:41)


Apabila akhirat itu tiba
Maka terhapuslah segala dusta


Percayalah bahawa
Sesungguhnya semua manusia itu rugi,
Kecuali yang beriman dan beramal soleh,
Berpesan-pesan akan kebenaran dan
Berpesan-pesan juga akan kesabaran..

SrikandiAisyaHumaira
05/08/2011
05 Ramadhan 1432H


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...