Thursday, March 17, 2011

Muhasabah Cintaku

Alhamdulillah, selesai sudah projek kami bedasarkan tema lagu nasyid Muhasabah Cinta..
Begitu banyak manfaat yang kami perolehi dan dapat kami hayati..
Shabab al_Jihad.. Semoga terus mantap dalam menjalankan dakwah..

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, 
Dalam rancak kau menyuburkan cintamu pada insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, 
Kau alpa membajai cintamu pada Ilahi,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, 
Tersentuh dengan daulat-Nya 
Merasa terpikul amanah ad-deen ini. 
Bukan kerana kau berjemaah, 
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya. 

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan, 
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, 
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, 
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. 



Ketahuilah diriku, 
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, 
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, 
Terlalu banyak kurang & salahmu. 

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. 
Muhasabahlah dirimu kala sunyi, 
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, 
Padanya ada bekalan 
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. 

Diriku,
Pada qiamullail di keheningan malam, 
Bersama bisikan doa & munajatmu, 
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, 
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, 
Di situ ada bekalnya... 
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, 
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie. 

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, 
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, 
Ada ketenangan dan kekuatanmu. 

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja, 
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, 
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit, 
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati. 

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu. 
Namun rasailah kekerdilan dirimu 
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya
Kerna kau tidak mengetahui sakitmu
Bila-bila masa akan menjelma
Lantas meragut pergi rohmu.


SrikandiAisyaHumaira
SrikandiMasyitah
Khalifah Umar
Khalifah Uthman
Khalifah Ali

10:47
17/03/11


Muhasabah Cinta - edCoustic


2 comments:

  1. Semoga dapat teruskan perjuangan baik mu ya srikandi~

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. itulah yg selalu didoakan..
    syukran jazilan ya azree..

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...