Tuesday, May 21, 2013

Niqab dan Tudung Labuh



 Aku berniqab,
Aku bertudung labuh.

Namun,
Itu semua bukanlah sebagai bukti bahawa akulah solehah,
Bukan jua sebagai bukti aku adalah lebih baik,
Andai dirimu tidak selesa, mohon janganlah disinis.

Aku,
 Juga manusia biasa,
Masih berlatih mentarbiyah diri, seorang hamba.

Kita,
Merangkak di medan yang sama,
Belum tentu kita akan bangkit, belum tentu kita akan rebah,


Biarkan, biarkan sahaja,
Antara aku dan Rabbku,
Kerana aku masih belum puas,
Bercinta bersama Tuhanku di sebalik dakapan lembut hijab itu.


“Biarkan aku terus bercinta bersama Tuhanku, di sebalik dakapan lembut itu.” – Humaira


Pesanan dari hati pasti terkesan jua pada hati :

“Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.”




3 comments:

  1. Oh. Terkesanlah sayang. Syukran sayang

    ReplyDelete
  2. dah-dah la tu. bosan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah :)Saya juga berniqab dn saya tersentap baca post nih :") Syukran ya menegur :")

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...