Friday, March 23, 2012

Titisan Mutiara Syria



Hilangku dalam terang
Sesatku dalam lapang
Jiwaku yang kian kekosongan
Sepi tanpa sebarang santapan iman ..

Terkunci kemas sebuah bicara
Lantas mencari setitis bekalan ilmu
Biar pun sedikit pencerahan walau hanya sebentar cuma
Hatiku terdetik seiring bayu menyapa, apa yang sedang berlaku?

Lantaran aku cuba menyelami..

Tika diri disesakkan dengan jiwa-jiwa yang mahu merdeka direalisasi
Seakan tidak percaya bahawa aku didalam lautan jiwa itu
Menyuarakan segala yang terbuku hati
Sambil air mata tetap bersamamu

Walaupun hanya secebis usahaku
Walaupun sering kali jatuh tersungkur
Aku yakin ada ganjaran dari Allah menanti
Walau hanya titisan tangisan simpati

Jika di sana dihujani peluru
Di sini kontang dengan perjuangan
Di sana dibanjiri darah
Di sini hanya  air ataku kirimkan bersama perjuanganmu

Kini aku baru sedar dari lena
Rupanya selama ini aku dibuai mimpi yang tidak nyata
Oleh mereka yang cuba menutupi realiti
Demi kepentingan diri sendiri
Sedang satu kepercayaan telah dikhianati..

Lenaku membuatkan aku lupa tentang mereka di sana
Hingga sedarku memuntahkan segala sangsi
Jika usahaku hanya sekelumit cuma
Inilah jalan tarbiah bagi diriku yang selalu lupa..


Tika mereka disana sesak mencari peluang untuk hidup
Aku di sini sesak mencari ruang untuk membantu
Selagi mana ada kudrat yang walau tidak nyata
Walau sering kali menitis air mata
Aku akan tetap bersamamu

Biar air mataku terus mengalir kerananya
Walau ia tak mampu mengubah dunia
Tapi ia mampu mengubah diriku
Aku akan terus menangis kerananya
Daripada aku gegak gempita dengan kemewahan dunia..

Dan aku pasti  akan terus menangis
Jika aku tidak mampu menhunus pedang
Aku akan bantu dengan senjata doa
Moga Allah membantu perjalanan ini
Sesungguhnya Dia Maha Mengasihani..


Sekiranya hati itu turut merasa, pasti dia akan turut mengalirkan air mata
Sekiranya hati itu turut merasa, pasti dia tidak akan tinggalkan temannya bersedih sendirian..”- Humaira


SrikandiAisyaHumaira
10:10
24/03/2012
01 Jamadil Awal 1433H






1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Masya'Allah

    tamparan yang kuat untuk saya.

    Apa sumbangan sy utk saudara di bumi syria? trasa kerdilnya diri ;(

    Moga kita diselamat dan dirahmat.

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...