Friday, October 28, 2011

Mencintai Dia Sebelum Si Dia


Perasaan cinta itu fitrah
Ingin dicintai dan mencintai itu lumrah
Kadangkala ia mudah
Kadangkalanya pula ia susah

Cinta yang susah
Hanya berada di hadapan kita
Dia Pemilik segala cinta
Bahkan diberi ganjaran bagi mereka yang mencintaiNya
Cinta itu sungguh indah
Kerana kita tidak akan dikecewakan
Itu janjiNya
“Dia menCINTAI mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (al-Maidah:54)
Namun hanya mereka yang memiliki nur dihatinya
Bisa merasai kehadiran CintaNya
Cinta ini dirasakan syurga cinta
Kerana setiap ujian yang hadir dariNya
Menguji sejauh mana cinta kita
Sebanyak mana pengorbanan kita
Dan menyingkap apa itu cinta



Cinta yang mudah
Hanya bersandarkan nafsu dan godaan
Cinta itu pada mulanya indah
Dan sering disangkakan indah
Itu semua hanya pada zahirnya
Tidak akan kekal lama
Kerana kita akan dikecewakan mahupun megecewakan
Itu janjiNya
“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa 
nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?” 
(al-Furqan:43)
Namun mereka yang gelap hatinya
Sering meremehkan cinta
Sehingga tidak mampu mengawalnya

Andai kata engkau jatuh cinta
Usahlah diluahkan kepada si dia
Kelak akan berkurangan rasa cinta kita kepada si dia
Cintai si dia dalam diam
Agar kesucian cinta itu lebih terjaga
Diam bukan bermakna tidak mengakui cinta
Diam itu untuk mengajar apa itu cinta
Apa itu kesabaran cinta
Dan apa itu pengorbanan cinta
Cinta dalam diam sebelum halal
Itu sudah cukup membuktikan
Cinta kita bukan cinta murahan


Andai perasaan itu tidak mampu terus membisu
Luahkanlah padaNya
Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya
Alirkanlah cinta itu mengikut aliran Allah
Kerana pada hakikatnya ia berhulu dari Allah
Dan berhilir hanya kepada Allah.

Jangan memberi harapan yang belum pasti
Kelak ada insan yang bisa terluka
Jangan menaruh harapan yang belum tentu dimiliki
Kelak hati yang dimiliki hadir kecewa

         
“Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, pasti tertanam rasa cinta di hatiku yang dikurniakan Allah buat hatimu. Itu janji Allah. Oleh itu usah engkau ragui akan janji Allah.”
-Humaira

[klik pada gambar utk lebih jelas]

SrikandiAisyaHumaira
28/10/11
01 Zulhijjah 1432

"Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.

Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia".- Fatimah Syarha


No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...