Wednesday, November 30, 2011

Sambungan Cerpen : Itu Pilihanku II

 
“Taadaaa..!”

Fisha tiba-tiba muncul dihadapan Banna yang sedang tekun menyiapkan ‘assignment’  di sebuah taman. Pakaiannya seksi mengoda. Jean ketat dan baju sendat berwarna merah hati. Lurus rambutnya melepasi bahu. Memang jika memandangnya dengan nafsu dia memang cantik.

“Mana perginya tudung Fisha?” Banna menutup ‘notebook’ nya. Dia sengaja meminta Fisha berjumpa dengannya kerana ingin memberitahu sesuatu.

“Abang, jom temankan Fisha pergi beli barang.” Kedua-dua belah tangannya erat memegang bahu Banna. Dia sebenarnya risau terhadap sesuatu.

“Hei, tak boleh sentuhlah!” tengking Banna. Entah mengapa dirinya tidak selesa dengan situasi begitu.

“Alah. Fisha sentuh pun bukan kena kulit abang,” rengek Fisha penuh manja.

“Tak kira walau apa pun jangan Fisha berani buat macam tu lagi. Berdosa!” Banna meninggikan suaranya. Dia tekad, dia ingin meninggalkan Fisha. Dia tidak ingin kembali menjadi ‘buayafriend’ atau ‘buaya darat’ atau apa saja istilahnya.

“Kenapa dengan abang ni. Dulu tak ada masalah pun bila kita berpimpin tangan keluar ‘dinner’ sama-sama. Abang ada perempuan lain? Kalau abang berani tinggalkan Fisha, Fisha akan bunuh diri!” Fisha mengancam. Dia tidak mahu melepaskan Banna yang menjadi kegilaan ramai kawannya. Ditambah pula Banna seorang yang begitu kacak di matanya. 
Tetap ‘maintain’ berkenaan ‘study’nya.

“Jangan nak buat lawak lah Fisha. Perempuan bodoh saja yang buat benda-benda macam tu. Dah lah. Abang jumpa Fisha ni sebab abang nak ‘break up’ dengan Fisha. Abang rasa dah cukup abang kumpul dosa dengan Fisha,” Banna menyimpan semua buku ke dalam begnya. Notebook nya turut disimpan.
Dia bingkas bangun berlalu meninggalkan Fisha yang masih lagi terpinga-pinga.

Abang tak ada perasaan! Baiklah. Fisha nekad. Fisha nak bunuh diri!” Fisha terus terjun ke dalam sungai. Dia terkapai-kapai menjerit memanggil Banna.

Banna berpaling ke belakang. Hanya tersenyum dan tertawa.

“Kau jangan nak memperbodohkan aku. Sungai dalam taman ni cetek je. Budak-budak pun takkan lemas. Mandilah kau seorang.” Banna meneruskan langkah.

Fisha mengetap bibir. Racangannya ingin menipu Banna tidak berjaya. Dia berjalan pantas mencari darat dan terus mengejar Banna. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. 

“Fisha..!”

“Fisha nak abang rasa betapa hangatnya cinta Fisha terhadap abang. Fisha tak akan lepaskan abang.”

“Fisha, lepaskan aku sekarang!” Banna cuba melepaskan diri.

“Hahaha.. Tiada siapa yang pernah menang dengan pelukan Norafisha. Ha ha ha..” pelukan Fisha bertambah erat.

Banna hilang pertimbangan. Tidak semena-mena tangannya terasa ringan menampar pipi Fisha. Kudrat lelakinya yang melebihi perempuan menyebabkan mulut Fisha berdarah. Fisha tersentap. Dia terdiam dari tawanya.  Pelukannya terlerai.

“Jangan kau berani muncul depan aku lagi! Iblis!” Banna sedaya upaya memenangkan fatwa hatinya.

“Abang, Fisha perlukan abang. Fisha cintakan abang.” Fisha memujuk dalam esak tangisnya yang tidak dapat ditahan lagi.

Kaki lelaki itu depeluk. Badannya yang basah kuyup tidak dipedulikan. Banna tidak sampai hati menolak Fisha dengan kakinya. Ditambah pula tangisan Fisha membuatkannya tidak sampai hati untuk berkasar buat kali kedua.

Banna menarik nafas dalam-dalam, “Fisha, abang minta maaf berkasar dengan Fisha.” Dia menarik kakinya perlahan-lahan dari pelukkan Fisha. Fisha berdiri mengadap Banna. Banna mengeluarkan beberapa buku agama yang sudah dibacanya.

“Abang hadiahkan buku-buku ini untuk Fisha. Hayati dan fahami isi kandungannya. Bila kita berjumpa lagi abang tak nak kenal Fisha yang berada di hadapan abang sekarang. Abang nak berjumpa Fisha yang baru, yang sudah ditarbiyah. Cintailah Allah. Cintailah Dia sebelum makhluk-Nya.”

Selepas buku-buku tersebut bertukar tangan, Banna terus melangkah tidak berpaling lagi.

‘Ya Allah! Cinta-Mu tidak pernah mengecewakan. Kau Maha Penyayang. Langkah ku kini adalah langkah seorang Mujahid, pantang berundur dan tersungkur lagi!’ jerit suara batinnya.

Fisha terduduk. Dia menatap buku-buku pemberian pemuda yang dicintainya. Air mata setitis demi setitis membasahi kulit buku tersebut. Dia mendongak, “Arghhhhhhhhh! Fisha cintakan abang!”

*****

Banna menutup buku sahabatnya yang berjudul Satu Rasa Dua Hati ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi. Dia meletakkan buku itu di meja studi sahabatnya.

Matanya memandang sesuatu. Sesuatu yang terjatuh dari selitan buku itu. Dia menunduk dan mengutipnya di atas lantai. Sepertinya gambar seseorang. Mulutnya terkunci. Seseorang yang amat dikenalinya duduk bersimpuh dikelilingi beberapa kanak-kanak. Seraut wajah itu terasa menenangkan.

“Nia…”

“Assalamualaikum,” Adam masuk ke bilik. Dia menutup kembali pintu biliknya.

“Wa’alaikumussalam,” Banna sekadar tersenyum.

Adam melihat sahabatnya memegang sesuatu yang agak ‘familiar’ baginya. Banna memahami situasi tersebut.

“Maaf, aku terjumpa gambar ni atas lantai,” Banna menghulur foto tersebut. Adam mengambil. Dia melihat foto tersebut dan memandang kembali wajah temannya.

“Jadi kau tetap memilih Nia Maria setelah aku menghina dia suatu ketika dahulu.”

Adam tersenyum, “Walaupun kau mengatakan dia tidak cantik namun bagi aku dia menenangkan, dia tidak cantik tetapi menenangkan,” Adam merebahkan badannya ke katil bujang sambil melihat foto di tangannya.

“Astagfirullah! Sejak bila dah mula lagho ni?” Banna bertanya sambil merampas foto itu. Ada tanda kemesraan yang wujud di antara mereka.

“Tapi bagi aku dia cantik dan menenangkan,” Banna tersenyum nakal sambil memandang temannya sementara foto itu masih di tangannya.

“Aik, lain macam je bunyinya, kau jangan...”

Ketawa mereka bergema. Ya, kini Banna sudah jauh berubah. Dia tidak memandang pada kecantikkan perempuan semata-mata. Tidak lagi mempermainkan maruah dan perasaan perempuan seperti dulu. Imannya kini bisa berbicara.


SrikandiAisyaHumaira
18:05
30/11/2011
05 Muharram 1433H



No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...