Friday, February 3, 2012

Puisi Rinduku Terhadap Dirinya



Ya nabi salam alaika..
Ya Rasul salam alaika..
Ya habib salam alaika..
Solawatullahi alaika..



Duhai pahlawan ummah
Sempurnanya engkau, seorang contoh tauladan
Bagi perjalanan kafilah-kafilah pencari kebenaran
Senaskah kitab suci terakhir paling sempurna daripada Ilah
Pemuda agung 14 abad lamanya tidak pernah ditelan zaman.



Tatkala engkau bersuara
Bertaburanlah cahaya menerangi segenap jiwa
Kata-kata mu dijamin syurga
Diri ini cuba memahami hidup seorang Mustafa
Putih bersih giginya di saat mengukir senyuman ceria
Sehingga dahulunya para sufi pernah berkata
‘Merekah mawar mewangi, berasal dari titisan keringatnya yang jatuh ke bumi saat dia bersama buraq mendaki langit..’



Tidak ku nafikan betapa berat amanah di bahunya
Dengan jiwa yang suci dia menjadi nabi berpakaian rakyat jelata
Tidak dihiraukan tawaran kesenangan menjadi seorang raja yang kaya
Tetap tenang dalam kehidupan yang sederhana.



22 tahun dia menyebarkan ummatnya dengan cahaya
Namun ada saja yang mendustakannya
Mereka tetap tunduk pada yang keji dan hina.



Kelak pabila pengetahuan sudah sempurna
Menyingkap kesombongan peradaban maya
Kan terbeliak biji mata mereka
Kesempurnaan dia
Disalah fahami oleh orang yang buta hatinya.



Sehingga kini
Kekejian masih difitnah kepada baginda
Baginda Rasulullah S.A.W. satu-satunya manusia
Yang namanya bersanding dengan Tuhan Yang Esa..




“Ya Rasulullah, Ya Habibullah
Tiada amal ibadah yang sempurna dan bererti
kalau tiada syafaat daripada mu
Akan sengsara diri ku di akhir nanti..” - Humaira




SrikandiAisyaHumaira
16:55
03/02/2012
11 Rabiulawal 1433H

Thursday, January 26, 2012

Thank You and I Love You


I really want to say Thank You
but,
Words are not enough
And its not for now or only once
I’ve needed someone like you
But for all the times
and reasons that your kindness
has shown through..


I hope this little stanza of love
will mean a lot to you.
Its a little thing to do,
but it’s sentiments sincere I thank you,
and I am so glad that
You were able to be here..


Uhibbukafillah Ya Rasulullah..

SrikandiAisyaHumaira
16:50
26/01/2012
03 Rabiulawal 1433H

Friday, January 20, 2012

Puteraku Bukan Insan Biasa


Pemuda itu harapan bangsa
Lulusan PhD tersemat pada nama 
Dia arif tentang dunia
Namun bukan dia yang ku damba

Pemuda itu hatinya tunduk
Al-Quran di hati kemas dijunjung
Ilmu agama tersemat kukuh
Kebahagiaan akhirat tujuan hidup
Namun bukan dia yang ku damba

Dia tidak dikenali dengan kejelikkan 
Dia tidak dikenali dengan kekayaan 
Dia tidak dikenali dengan segala sijil penghargaan
Sebaliknya,
Dia terkenal dengan kesederhanaan
Dia terkenal dengan ilmu yang telah dikongsikan
Dia terkenal dengan ibadah yang dipraktikkan
Dia juga terkenal dengan wajah penuh sinaran

Bagi pandangan kaca mata kebiasaan insan
Dia hanya manusia pada kebanyakkan
Namun,
Di dalam terselit mulianya keperibadian
Setiap perilaku baik bukan untuk diriakkan
Bukan juga untuk mengemis penghargaan insan
Segalanya untuk mencapai keredhaan
Keredhaan Ilahi itu menjadi kemestiaan


Apa yang pasti
Dia tetamu setia di ‘rumah’ Rabbi
Setiap solat dia yang kehadapan
Merebut peluang, timbangan pahala diberatkan
Saat itu, para pemimpin, para pembesar jua para bangsawan
Tiada pangkat dapat dibanggakan
Kini mereka semua sama di belakang

Sesungguhnya dia yang ku damba
Mampu menjadi imam kepada ummah, kepada keluarga
Insya-Allah, Putera Agama akanku jumpa..


“Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diri-Mu dengannya.. Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku..” – Rijal al Din (Putera Agama)


Putera Agama bukan putera biasa, Putera Agama satu dalam sejuta..” - Humaira

SrikandiAisyaHumaira
10:00
20/01/2012
26 Safar 1433H

Saturday, December 31, 2011

Cerpen : Aku Sedang Bercouple?


Alhamdulillah. Aku menutup kitab suci al-Quran. Mengucup dengan perasaan syahdu. Maha Suci Engkau yang menyusun setiap bait perkataan. Semuanya indah penuh makna dan keberkatan. Moga aku terus istiqomah memegang amanah ini.

Sekarang di hadapan aku pantai gemersik bermelodi. Tenang saja iramanya. Aku membetulkan kedudukkan ku di atas batu yang besar. Moga apa yang aku sampaikan dalam forum perdana sebentar tadi masuk ke dalam hati-hati hamba-Mu yang mendengar. Dakwah itu merupakan kewajiban dan perlu dilaksanakan buat saham di akhirat yang bakal dipersembahkan. Segalanya kerana Mu ya Allah. Moga Engkau redha.

Aku berdiri. Niatku ingin merehatkan mata dan tubuh badan yang seharian bekerja menguruskan forum memandangkan sudah lewat malam.

“Umar.”

Aku berpaling, “Oh, Amran.”

Aku memandang wajahnya yang menunduk. Dahinya berkerut.

“Kau tak apa-apa kah?” aku memegang bahunya.

“Boleh aku tanya soalan sikit kat kau?”

“Boleh. Kau nak tanya pasal apa? Sejarah, biologi, kimia, ‘drawing’? Tanyalah,” aku berjenaka.

“Wah, hebat benar kau?”

“Eh, soalan kan. Nak tanya apa pun boleh. Tapi belum tentu aku dapat jawab,” aku tersengih.

“Kau ni.”

Tumbukan lembut menyapa bahuku. Kami ketawa.

Apabila keadaan kembali tenang, Amran bersuara, “Aku...”

Bunyinya seakan teragak-agak. Pasti ada kekusutan yang ingin diluahkan. Aku memahami situasi itu. Lantas aku mempelawanya duduk.

“Tarik nafas dalam-dalam. Cuba tanya perlahan-perlahan. Aku setia mendengar,” aku cuba memberinya ruang. Dia memandangku dan kembali menunduk.

“Sebenarnya aku rasa bersalah memandangkan aku dah mula bersama-sama kau menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiyah dalam masa yang sama hati aku tidak tenang dengan sesuatu perkara yang aku masih lakukan,” Amran berhenti. Cuba mencari nafas baru.

“Teruskan akhi.”

“Aku ada mengenali seorang ustazah yang sama-sama turun padang dengan kita tempoh hari dalam satu seminar. Dulu kami cuma berkawan tapi setelah aku tahu dia suka aku, dalam diam aku sendiri jatuh...erm..suka..dia.

Sejak kami meluahkan isi hati masing-masing hubungan kami bukan sekadar kawan. Maksud aku seperti kawan tapi rapatla daripada kawan biasa.”

Aku mula memahami masalah sahabat aku seorang ini, “Kau ber’couple’?”

Dia memandangku menunduk dan memandang kembali, “Bolehkah?”

Aku tersenyum, “Sememangnya fitrah manusia mempunyai perasaan cinta. Lelaki akan tertarik kepada perempuan. Begitu juga sebaliknya. Cuma kau kena pandai mengawal perasaan itu. Jangan sampai berzina apatah lagi menghampirinya. Kau tahu itu, bukan?” aku memandangnya.

“Kau cakap macamlah tak kenal aku. Aku takkan buat itu semua,” nadanya sedikit beremosi.

Aku cuba menenangkan, “Aku percaya...”

“Aku sudah pun mengawal batas-batas pergaulan. Sms pun kadang-kadang. Kalau sms pun kami bertukar-tukar fikiran tentang fikrah islamiah. Jiwang pun tak ada lah sangat. Matlamat kami adalah ingin masuk syurga.”

Bunyinya seakan-akan mahu membenarkan apa yang tidak benar.

“Niat dan matlamat kau baik. Tapi kena ingat, niat mahupun matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Haq dan batil tetap ada putih hitamnya. Firman Allah; ‘dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. Surah Ankabut ayat 38.”

Aku menyambung, “Sebenarnya kaca mata yang kau pakai sekarang adalah kaca mata syaitan. Syaitan yang menjadikan kau memandang baik perkara yang sebenar-benarnya tidak baik. Kau kena ingat syaitan begitu licik dalam mempengaruhi anak Adam. Peneman mereka di neraka kelak.”

Amran hanya membisu. Mata memandang ke hadapan.

“Bohonglah kalau kau kata tak pernah melayan perasaan rindu dan syahdu apa jua istilahnya dengan si dia. Sekecil-kecil zina pun pasti kau akan terpengaruh dengan zina hati.”

“Tapi macam mana kalau aku betul-betul nak jadikan dia permaisuri hati aku?”

“Usahakan ke arah itu. Jangan dicampurkan dengan rasa cinta yang membuak-buak kerana ia bukan lagi kerana Allah. Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu.

Bila dah nikah nanti, luahkanlah sejuta rasa cinta kepada si dia pun takpe dah. Dalam mencari jodoh, makin kita tak kenal si dia sebelum kahwin, makin baik. Nanti banyak benda boleh borak lepas kahwin tentang diri masing-masing. Ni kalau semua cerita pun dah tahu sebelum kahwin, bosan tak tahu nak cakap pasal apa dah nanti. Kan kan kan?” aku cuba menyusun ayat sebaik mungkin.

Dia hanya menunduk. Aku meyentuh bahunya, “Sabar itu salah satu sifat orang mu’min. Aku tahu mungkin kau sangat-sangat nak, cinta, sayang dekat si dia. Kalau boleh, sekrang juga nak luahkan perasaan tu, ‘awak, saya sayang awak’ atau ‘awak, saya rindu awak sangat-sangat.’

Rasulullah pun romantik jugak. Rasulullah pun jiwang jugak. Tapi itu semua adalah selepas nikah. Mari kita lihat beberapa ayat Rasulullah mengenai cintanya kepada Saidatina Khadijah:
“Sungguh aku telah mendapatkan anugerah berupa cintanya,” dan “sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintainya,” melupakan Khadijah juga tidak pernah. Sabda Nabi SAW: “Tidak. Demi Allah, dia tidak pernah memberi ganti untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya.” Sehingga akhir hayat Khadijah, Rasulullah masih lagi kasih akan isteri yang paling dicintainya. Lihat. Baginda lagi romantis bebanding kita.”

“Jadi bagaimana aku nak putuskan hubungan ‘couple’ni?”

“Mudah. Katakan saja ‘itu tidak boleh, melanggar perintah Allah. Maaf.’ Itu caranya.”

“Habis macam mana kalau dia terluka? Kalau dia merajuk?”

“Kita sudah cakap secara elok. Maka sudah selesai tanggungjawab kita. Dia nak merajuk ke, apa ke selepas tu, itu masalah dia. Bukan masalah kita lagi.”

Dia mengeluh, “Susah kan kalau dah tejebak macam aku ni. Rasa berdosa sangat. Nak putuskan hubungan haram pun susah.”

“Memang susah kalau kita hanya memihak pada nafsu sahaja. Ingat, cinta selepas akad jauh lebih indah dan berkat. Cuba dan terus mencuba. Bak kata Aidil dalam lagunya.”

Aku berpesan sebelum terlupa, “Dan janganlah hati kita lembik sangat, cair dengan rajukan dia. Kuatkan hati. Sayangkan dan cintakan Allah lebih.”

Amran menarik nafas panjang. Ungkapan basmalah meniti di bibirnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit menaip satu pesanan ringkas. Dari pemerhatian aku kira ditujukan kepada si dia. Butang ‘send’ ditekan.

“Aku kagum dengan kekuatan kau melawan godaan semua ni,” aku memandangnya.

“Terima kasih kerana sedarkan aku. Kaulah sahabat yang akan aku jumpa di syurga.”

“Best kan bila awal-awal lagi dah ‘confirm’ tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata Nabi SAW di telaga Kauthar akhirat kelak. Siap-sedia untuk beri kita syafaat,” aku memandang ke hadapan. Menikmati udara malam di persisiran pantai.

“Uhibbuka fillah,” Amran meletakkan tangannya di bahuku.

“Uhibbuka fillah kaman,” aku membalas. Moga Allah redha.



SrikandiAisyaHumaira
03:30
01/01/2012
07 Safar 1433H

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...