Thursday, March 17, 2011

Muhasabah Cintaku

Alhamdulillah, selesai sudah projek kami bedasarkan tema lagu nasyid Muhasabah Cinta..
Begitu banyak manfaat yang kami perolehi dan dapat kami hayati..
Shabab al_Jihad.. Semoga terus mantap dalam menjalankan dakwah..

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, 
Dalam rancak kau menyuburkan cintamu pada insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri, 
Kau alpa membajai cintamu pada Ilahi,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, 
Tersentuh dengan daulat-Nya 
Merasa terpikul amanah ad-deen ini. 
Bukan kerana kau berjemaah, 
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya. 

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan, 
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya, 
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya, 
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu. 



Ketahuilah diriku, 
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang, 
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya, 
Terlalu banyak kurang & salahmu. 

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.. 
Muhasabahlah dirimu kala sunyi, 
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan, 
Padanya ada bekalan 
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini. 

Diriku,
Pada qiamullail di keheningan malam, 
Bersama bisikan doa & munajatmu, 
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu, 
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya, 
Di situ ada bekalnya... 
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat, 
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie. 

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah, 
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat, 
Ada ketenangan dan kekuatanmu. 

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja, 
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati, 
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit, 
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati. 

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu. 
Namun rasailah kekerdilan dirimu 
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya
Kerna kau tidak mengetahui sakitmu
Bila-bila masa akan menjelma
Lantas meragut pergi rohmu.


SrikandiAisyaHumaira
SrikandiMasyitah
Khalifah Umar
Khalifah Uthman
Khalifah Ali

10:47
17/03/11


Muhasabah Cinta - edCoustic


Tuesday, December 28, 2010

Untukmu Teman


nota kasih dan sayang untuk sahabat-sahabat yang di kasihi..
(kepada mereka yang sempat diberi gelaran)

TUAN PUTERI


~syukran jazilan yang tidak terkata buat anti..
anti selalu ada bila masa ana memerlukan nasihat dan bimbingan..
pesanan anti kepada ana : 

"Kesusahan memberi aku mengenali erti Tuhan..
Kegelisahan memberi aku mengenali erti berzikir kepada-Nya..
Kematian mengajar aku erti takut kepada Tuhan..
Apa yang kita lakukan adalah 1 pengajaran bagi kita..
Jadikan kesilapan yang lalu sebagai pedoman, jadikan kenangan manis dahulu sebagai memori.."

Syukran jazilan ya Tuan Puteri..
kenangan kita di bergambar di pantai (terengganu) sentiasa dalam ingatan..
anti dan hajar sentiasa mewarnai kenangan ana
moga-moga kita semua dapat bertemu kembali
setidaknya di syurga yang kekal abadi
Tuan Puteri,
jaga empayar anti baik-baik ye.. 
Uhibbuki fillah~

TEMANKU COMEL


~terima kasih temanku comel, kerana hadir dikala
diri ini keseorangan..
Ku masih ingat dahulu tika diri ini baru melangkah ke dunia baru,
dikau dengan seikhlas hati menawarkan diri menjadi teman ku
sepanjang berada di dunia itu sehingga dapat menyesuaikan diri..
terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan kepada diri ini tidak kira masa
dan menjadi pendengar yang setia..
pesanan awak kepada saya :

" Kawan.., sahabat..., teman..,
Semua bagiku sama tapi hanya 1 yang membezakan mereka .
Kawan sejati, Sahabat sejati, mahupun teman sejati.
Itu sudah cukup membuat hidupku gembira..
Carilah seseorang untuk mengisi kekosangan itu
agar hidup ini dapat dipenuhi keindahan-Nya..
Dikau sentiasa di lubuk hatiku.."

Terima kasih ye Temanku Comel..
kenangan kita bersama tidak pernah ku lupakan..
Uhibbuki fillah~

KAQ LONG


~Syukran jazilan ya kaq long..
kerana banyak mendidik kaq ngah supaya lebih pandai memahami 
seseorang itu.. 
sentiasa menguji kesabaran dan keikhlasan kaq ngah..
kaq ngah cukup3x hargai semua itu..
kerana kaq long menjadikan kaq ngah seorang yang mula pandai memahami seseorang itu,
menjadikan kaq ngah seorang yang sabar menghadapi karenah 
dan tohmahan orang sekeliling..
pesanan kaq long kepada kaq ngah :

" Salam, awak.. syukran untuk surat tu, saya sayang awak...
kaq long sayang kaq ngah..
jangan lupakan dan tinggalkan kaq long ea..
kaq long *** sebab kaq long tak sebaik kaq ngah dalam ukhuwah
yang terbina antara kita :-(
kaq long minta maaf kerana tak dapat menjadi yang terbaik
untuk kaq ngah dan tak dapat jaga kaq ngah 'time' kaq ngah
sakit atau sebagainya"

Syukran jazilan ye kaq long kerana menerima kaq ngah seadanya..
maafkan kaq ngah kalau tidak mampu menceritakan segala-galanya tentang kaq ngah,
maaf kan kaq ngah juga kalau diri ini sentiasa menyusahkan ketika sakit menjelma..
Uhibbuki fillah~

ADEQ


~Syukran jazilan ye adeq sebab...
mengajar kaq ngah supaya menjadi pendengar yang baik..
mengajar kaq ngah supaya jangan sedih-sedih..
adeq memang petah bercerita..
sentiasa bersama-sama menyertai program-program..
cuma satu je yang kaq ngah tak suka,
adeq kadang-kadang selalu pendam perasaan,
tak nak cerita pada kaq ngah..
walau apa pun,
kaq ngah nak adeq tahu yang kaq ngah sentiasa ada
bila mana adeq nak meluahkan apa-apa yang terbuku di hati adeq..
pesanan adeq kepada kaq ngah :

" Bila terdengar lagu Menanti Di Barzakh,
ingat-ingat la kat adeq ye.. :)"

InsyaAllah..
Syukran kerana menerima kaq ngah sedari mula melangkah masuk
ke ***..
Satu lagi perkara yang membuatkan kaq ngah selalu teringatkn adeq ialah
'chocolate' terutamanya Beryls..
Uhibbuki fillah~

MU'MIN AL-MUJAHID


" Allah sentiasa bersama mu...
Kalau tak terluah kesedihan dengan manusia... Allah lebih mendengar, memahami, & mengasihani..
Setiap manusia perlukan pertolongan... dan setiap pertolongan perlukan bimbingan daripada Maha Penguasa alam... ALLAH...
 Selagi tindakan itu baik untuk diri ***....
itu tindakan yang betul..."

PROF.S


"Kenapa semua orang pentingkan kejayaan.. tapi kejayaan yang macam mana yang *** nak?
bagi *** berjaya macam mana sekalipun seseorang itu tapi tanggungjawab 
tak tertunai buat apa..
ada bermacam kejayaan dalam dunia ni..
dapat capai cita-cita itu pun berjaya juga..
dapat melaksanakn tanggungjawab sebagai umat Islam sudah dikira berjaya..
perkara paling asas  kita nak tahu untuk diri kita semestinya cita-cita..
sudah capai cita-cita baru fikir benda lain.." 

pesanan ana kepada kalian :


"Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.

Ingatlah sahabatku sayang..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Moga dapat melepasakan rindu pada setiap bait.."

SrikandiAisyaHumaira
04:00
28/12/10
22 Muharram 1432

Sunday, December 26, 2010

Aku Rela + Aku Rela

Aku jatuh cinta..??
Ah, tidak mungkin
Tetapi, mengapa hati ku sentiasa berbunga
Apabila si dia berada di sisi

Kini, aku rela menjadi sasaran cinta
Aku harus berkorban kerana cinta
Aku rela dilontarkan pelbagai tohmahan
Aku terpaksa kerana cinta


Cinta
Aku berbicara setulusnya tentang cinta
Walau ku tahu pasti ada yang terluka
Aku mahupun si dia
Tetapi, aku berbicara dengan sejujurnya
Semuanya kerna cinta


Aku tetap aku
Tidak akan sesekali aku menipu perasaan aku
Walau derita sebagaimana sekalipun
Aku akan tetap teguh dengan perasaan ku
Selagi aku punya iman untuk dipegang
Selagi aku punya agama yang tidak melarang

Mereka yang tidak setuju
Hanya mempertahankan ego di kalbu


Jika aku tidak mengakui perasaan ku
Aku menderita zahir dan batin ku
Walau cinta ku tidak di terima
Aku tetap redha dengan ketentuan-Nya
Kerna dalam keredhaan ada kebahagiaan
Kan ku terus simpan perasaan aku
Hingga hatinya terbuka
Ini cinta ku kepada manusia
Allah tetap cinta ku yang SATU..!

SrikandiAisyaHumaira
SrikandiMasyitah
07:30
27/12/10
21 Muharram 1432

cetusan inspirasi : para sahabat (khasnya keluarga ku syg [srikandi adawiyah]) aku rela_algebra & sudut pandangan
(tidak ada kena mengena dengan penulis)
khas buat para mujahid... mungkin

Saturday, December 25, 2010

Cinta kepada PEMILIK Segala Cinta

Jemari kurniaan-Nya kemas menggengam pena
Melakar karya cinta pada-Nya
Fikiran lemas tipuan buana dunia
Inilah puisi hatiku milik-Nya

Hati tunduk mengabdikan diri
Jiwa teguh menghadapi ujian ilahi
Tarbiah nafsu didik peribadi
Insan soleh solehah tetamu syurgawi


Mata melirik semesta duniawi
Telinga mendengar zikir yang mendamaikan hati
Akal mentafsir yang tersurat
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu
Redahi tiap ujian dalam rahmat-Nya
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya
Benarlah kini, hatiku milik-Nya

Mencari cinta ku temui noktah
Mencari rindu ku temui sendu
Mencari kasih ku temui sedih
Mencari gembira ku temui lara

Kian tercipta denai cinta
Bisa terlukis hamparan rindu
Moga terlakar gelombang kasih
Agar terpahat lukisan gembira


Pena ini terus menerus bertinta
Menanti ilham menukilkan kata-kata
Hatiku ini tetap dan selamanya milik-Nya
Dari azali hingga ke hujung  nyawa

SrikandiAisyaHumaira
05:55
25/12/10
19 Muharram 1432 H

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...