Monday, November 21, 2011

Ber 'couple' itu Haram sayang. (bhg. 1 )



Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang. Disebabkan ramai yang mula bertanya, jadi ana berkongsi serba sedikit ilmu yang ada. Jika ada kesalahan harap dimaafkan dan dapat diperbetulkan.. Bismillah..


1.      APA ITU BER 'COUPLE' ?


Ber’couple’ (sebelum akad) merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

      Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


      Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini, hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. 

Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


 [klik pada gambar untuk lebih jelas]

Note: Bersambung ke tajuk seterusnya – Ber ‘couple’ itu Haram sayang 
( bhg. 2 )
[2. Mengapa ber ‘couple’ haram?]

SrikandiAisyaHumaira
14:44
22/11/2011
26 Zulhijjah 1432H

nasihat buat ummah : 
http://www.kalepena.com/2011/11/155-cinta-dan-kahwin.html

Sunday, November 20, 2011

Cerpen : 20-11-2011

[klik pada gambar untuk lebih jelas]

‘Ya Allah.. Sukarnya untuk memahami hati seorang lelaki. Bertambah sukar untuk memahamkan sekeping, hanya sekeping hati lelaki.’

Matanya memandang siling . Kosong. Akal ligat berfikir mencari jalan.

“Senyumanmu yang terindah, dalam jiwamu kepastian, tutur bicara penuh cinta, gapai impian yang nyata..” Ringtone telefon bimbit menyanyikan lagu Kau Terhebat - Nur One. Dengan fikiran yang belum tenteram, Anisa menggapai juga telefon bimbitnya.

‘Ya Allah, bila dia mahu berhenti,’ hatinya berbicara. Paparan skrin 11 ‘missed call’ tidak dihiraukan.

Anisa bingkas bangun. Pintu bilik air dikuak. Niatnya ingin membasahi anggota badan tertentu dengan air mutlak. Selesai berwuduk, dia keluar mencapai telekung yang tergantung di dalam almari. “Senyumanmu yang terindah, dalam jiwamu kepastian, tutur bicara penuh cinta, gapai impian yang nyata..” Deringan telefon bimbit menjerit lagi minta diangkat.
Anisa mengikat tali telekungnya dengan kemas. Telefon bimbit dicapai. Butang ‘off’ ditekan. 

“Allahu Akhbar.” Anisa mula berbicara dengan Tuhan-Nya. Berusaha untuk menjadi khusyuk. Selesainya memohon, mengadu, merintih dengan Tuhan-Nya, dia mencapai kitab suci al-Quran. Hingga dirasakan hatinya tenang. Kitab itu ditutup dan dikucup. Penuh dengan rasa cinta.

****

“Apasal ‘off’ pulak ni. Angkatlah sayang..!” Aiman membentak sendirian. Dia tdak berpuas hati. Dia menghempaskan badannya di katil. Bungkusan kecil yang dibalut rapi ditatap.

“Aiman mencintai Anisa. Percayalah.” Dia berusaha menmiliki hati gadis itu.

“Atas dasar apa?! Atas dasar nafsu enta yang tidak pernah terpadam itu kah?”

“Agama, Anisa. Atas dasar agama yang ada dalam diri Anisa.”

“Enta fahamkah erti sebenar agama itu? Adakah mempermainkan perasaan gadis-gadis yang enta suka itu dikatakan atas dasar agama?”

“Sebab itulah Aiman pilih Anisa. Anisa belajar semua itu. Tolong bimbing Aiman ke jalan agama.”

“Sepatutnya lelaki lah yang membimbing wanita itu. Lelaki adalah ketua dalam keluarganya. Imam bagi isterinya. Enta ada ramai kawan lelaki yang mampu membantu enta. Pergilah bergaul dengan mereka.”

“Tapi Aiman hanya ingin ber’couple’ sahaja. Bukan mahu menikahi atau menjadi suami lagi.”

“Ana faham perasaan enta. Dengar, ana tahu beratnya menggalas perasaan cinta, tatkala pacaran menjadi budaya. Allah pernah berfirman, ‘jangan diikut sebahagian besar manusia.’ – al-An’am ayat 116. Sekadar berkawan boleh diterima. Ber’couple’ sebelum akad itu dilarang agama.”

“Anisa..,”

“Ana mohon. Cintailah Allah. Enta akan terasa nikmatnya. Cintakan ana bersandarkan perasaan suka-suka, ingin ber’couple’ sahaja itu tidak menjamin syurga bagi ana. Assalamualaikum.”

Tit. Tit. Tit.

Perbualan dimatikan.

Lamunannya terhenti. Jam menunjukkan pukul 12:45 minit malam.

‘Bagaiman cara sekali pun aku harus mendapatkan dia.’

*****

Telefon bimbit di ‘on’ kembali. Mesej baru menghiasi skrin. Butang ‘view’ ditekan.

-          You have 7 missed call...

Belum pun habis mesej itu dibaca butang ‘delete’ ditekan. Anisa mencari nama seseorang di dalam ‘contacts’. Butang dial ditekan.

“Assalamualaikum sahabatku sayang. Belum tido lagi?”

“Wa’alaikumussalam. Belum lagilah sahabatku sayang. Ada apa ye?”

“Shaza, esok kita jumpa ye?”

“Mestilah kita jumpa. Kan Sha sudah berjanji.”

“InsyaAllah, sayangku. Bukan berjanji.”

“Hehehe. Maaf, terlupa pulak.”

“Baiklah. Jumpa esok ye. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”

Skrin telefon ditatap. 00:00. Sun 20-11-2011.

‘Subhanalllah. Unik tarikh hari ini.’ Bisik hatinya.

Belum pun sempat berbuat apa-apa, satu mesej baru diterima. Butang ‘view’ ditekan.

-   - Anisa, bersempena hari yang bertarikh 20-11-2011 ini. Aiman igin menjalinkan hubungan istimewa dengan Anisa. Tolong jangan menolakknya. Aiman kira pada tarikh yang unik ini cukup indah jika kita dapat membina perhubungan istimewa. Aiman cintakan Anisa.

Received: 00:03:15
Today
From:
Aiman

Anisa memandang skrin telefon. Akal nya sedang mencari idea.

‘Aku harus berbuat sesuatu.’

Satu kad kecil berwarna biru dikeluarkan. Sebatang pen diambil.

“Bismillah..”

Akhi,
            Selagi belum akad nikah, selagi itulah ada jarak di antara kita. Selagi itulah ada tembok pemisah di antara kita. Selagi itulah ada syaitan yang akan menggoda. Dan selagi itulah akan ada murka Allah di antara akhi dengan ana.

Cintai Dia sebelum Si dia.
20 November 2011
24 Zulhijjah 1432

Kad kecil itu diselitkan di dalam sebuah novel berjudul Kala Cinta & Wahyu Bersatu – A. Ubaidillah Alias. Misinya harus diselesaikan.


Tamat..?

SrikandiAisyaHumaira
17:04
20/11/2011
24 Zulhijjah 1432

Saturday, November 19, 2011

Cerpen : Ku tetap menanti



Lagu Gerimis dendangan kumpulan nasyid Far East dimatikan. Mp3 dimasukkan ke dalam saku abaya. Menutup dan menyusun kembali buku-buku yang menghiasi meja di perpustakaan. Lantas bangun dan menyimpan buku-buku yang dijadikan sebagai rujukan di tempat asalnya. Rapi. Kaki terus melangkah ke pintu keluar.

Subhanallah. Gerimis telah pun memunculkan diri. Harapnya tidak bertukar menjadi lebat. Aku berjalan pantas ke perhentiaan bas. Merehatkan diri di bangku yang tersedia ada. Fail yang dijadikan sebagai payung sementara sebentar tadi ku bersihkan dengan tisu yang selalu ku bawa.

Apabila selesai, aku tertarik untuk melihat dua orang sahabat yang bergurau senda tidak jauh dari ku. Mereka tersenyum simpul, mesra disamping pendampingnya. Tiba-tiba aku merasa rindu. Rindu kepada seseorang yang selalu menghadiahkan senyuman kepada ku tanpa aku sedar, aku telah menyakiti dia.

Argh. Hatiku menyalahkan diri sendiri. Tidak mampu menjaga hati, hanya sekeping hati milik seorang sahabat. Aku memanggu diri di perhentian bas, terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan muslimah melintas jalan menuju ke arah kedai buku dihadapan.
‘Indahnya dapat menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat ‘membeli’ ilmu.’ Monolog ku sendirian.

Teringat aku akan salah seorang sahabatku. Betapa indahnya ketika itu, sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Kini, aku duduk sendirian di perhentian ini. Tanpa membuang waktu aku mengeluarkan diari ku yang sarat dengan coretan hati. Pen yang sentiasa menjadi pendamping ku juga dikeluarkan.

Salamun'alaiQ,
Sahabat ku sayang,
Apa agaknya khabar mu disana,
Ku berdoa agar kau sentiasa ceria.

Sahabatku,
Sekian lama ku menanti saat bertemunya dengan dirimu
Sabar dan tabah menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu.

Sahabatku,
Ku tidak pernah putus berdoa berharap agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini
Namun sering kali ku tebenam sendiri
Dalam kekalutan dan keresahan yang membelenggu hati
Mungkin satu saat kau mengerti.

Sahabatku,
Maafkan daku kerana tiada upaya untuk terus disisi
Dalam mencari bening-bening taqwa Ilahi
Aku sendiri terpenjara dalam ciptaan dunia fantasi

Sahabatku,
Ketahuilah  aku masih setia disini
Menanti...
Satu pertemuan yang aku sendiri tidak pasti
Untuk kita bersua kembali
Bersama tarbiyah diri dan fahami
Erti sebuah perjuangan yang menuju cinta hakiki dan abadi

Pintaku,
Terus menjaga iman di hati
Jangan sesekali pernah kau berhenti
Tetaplah istikomah dan tegarlah
Menghadapi segala ujian dalam kehidupan ini.

Insya-Allah
Saat yang ku pasti akan berlaku jua
Walaupun tidak seindah satu saat dahulu
Aku tetap bersyukur
Kerana penghujungnya, doa dan impianku
Menjadi satu realiti
Apa yang ku pasti
Keyakinanku tidak pernah pudar.

Salam mujahadah sahabat srikandi ku
Iringilah langkahmu bersama doa
Dan harapan yang tinggi agar terus berada di medan perjuangan suci ini.

“Kau masih boleh memberikan kepercayaan kepada ku
Bahawa lara mu adalah haru biruku
Kerna ku adalah sahabatmu.” - Humaira

“Aku merindui mu sahabatku.” Ikhlas hatiku berbicara.
Harapanku agar suatu hari terbuka hati nya untuk kembali mendampingi diriku. Melakar semangat yang baru. Mencapai impian dan matlamat dalam kehidupan ini bersama.  Aku menutup diari pendamping hidupku sambil menyeka air mata yang hampir melintasi dagu. Hati terus mendamba dan memohon agar dia hadir kembali. Akan ku buang jauh nostalgia pahit itu dari lubuk sanubariku. Moga aku dan dia bisa bertemu redha Ilahi.

*****
“Assalamualaikum,” sapa lembut seseorang di hadapanku.

“Wa’alaikumussalam..” jawabku perlahan. Lamaku merenung wajah itu. Antara percaya atau tidak. Sahabat ku, srikandi tercinta kini dihadapanku. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Bahagia.

Sekian lama ku menanti, akhirnya detik ini tiba jua. Aku bingkas bangun. Dia merapati ku dan menyeka air mataku yang aku sendiri tidak menyedari telah pun tumpah. Mencium dan memelukku seperti dahulu. Rindu.

Kami duduk bersama. Dia memandang diari ku. Lama. Senyum dan berkata, “Dulu, kini dan selamanya.” Penuh makna.

Terdetik hatiku ingin meghadiahkan apa yang telah ku coretkan sebentar tadi kepadanya. Pantas ku membelek halaman itu dan mempamerkan kepadanya sambil tersenyum penuh harapan.

“Walau tidak seindah dahulu, biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti tersemat di dalam sebuah diari.”

Sambil menghayati puisi ku, jemari ku kini digenggam erat, seakan-akan tidak mahu berpisah lagi.

‘Alhamdulillah. Syukran ya Allah. Semoga ukhuwah ini bisa menjadi syafaat, di Mahkamah Masyar nanti.’ - Humaira


SrikandiAisyaHumaira
21:07
19/11/11
23 Zulhijjah 1432

Monday, November 7, 2011

Rintihan Palestin

1967 al-Alqsa mula digali
Sebelum aku mula lahir ke bumi
Tidak mengerti apa-apa tentang hidup ini
Hanya tangisan mahukan perut diisi

2011 genap 44 tahun jenayah Yahudi
Masjid al-Aqsa digali dan dicerobohi
Dunia Arab dan OIC tidak peduli
Saudara seIslam terpaksa menyendiri


Ke mana perginya umat Islam
Yahudi mengganas siang dan malam
Aku melihat dihiasi wajah suram
Maruah dirobek dengan begitu kejam

Umat hanya sibuk berhibur
Sanggup membiar al-Aqsa lebur
Jihad sudah sekian lama terkubur
Misi khilafah menjadi kabur


Palestin kini disulami  sejarah pilu
Dunia Islam membisu dan kelu
Tanpa bicara buat tak tahu
Nasib saudara seIslam ditindas selalu

Di mana perginya penyelamat ummah?
Tatkala umat Islam begitu lemah
Wa Islamah!
Wa Mustasimah!


Al-Aqsa merintih, siapa yang sahut?
Aku tidak, kamu tidak, masing-masing melungut
Amerika dan Munafiqin menjadi tali barut
Kita tiada ikhtiar hanya mampu merungut.


SrikandiAisyaHumaira
06:13
10 Zulhijjah 1432





Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...