Tuesday, November 23, 2010

Mengenali Insan


Mengenali seseorang itu kadangkala 
Membuat kita mengalir air mata
Sesungguhnya mengenali seseorang itu
Mampu memberi sejuta rasa;
Marah, sedih, gembira, rindu, sayang dan cinta

Tetapi sedarkah kita
Mengenali seseorang itu adalah satu anugerah
Biarpun hadirnya hanya seketika
Dan sekadar teman sementara
Bersyukurlah kita dengan kehadirannya
Kerana barangkali melaluinya
Kita mengerti apa itu erti cinta dan sayang..

petikan dari novel Melakar Cinta Firdausi

Saturday, November 13, 2010

Ingati Daku Duhai Sahabat


Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.

Ingati daku 
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan.

Ingati daku 
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.

Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.

Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.


Wednesday, November 10, 2010

Tipuan Duniawi


Demi umurku. 
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal juga.
Bila dunia pergi dia merasa rugi.
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak.

Demi Allah.
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekiNya
Tentulah orang merdeka tetap menghinakannya
Bagaimana tidak, ia batang yang bakal pula..



Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan.

Ada orang berkata
Kulihat hari memberi cela kepada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
kukata kepadanya ambillah apa adanya

Banyak aku berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan di atas kejahatan
Tanyakan pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya?

Adakah engkau bahagiakan mereka?
tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Wahai orang-orang tertipu oleh dunia!
siang kau tidur dan malas malam pun kau tidur
dan hina kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan persis orang tidur
yang tertipu dengan kelazatan
Akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan..

Sesiapa menyintai dunia dan mengagungkannya,
hilanglah ketakutan terhadap akhirat dari hatinya..




Sumber : Penenang Jiwa Pengubatan & Rawatan (Imam Al-Ghazali)

Thursday, November 4, 2010

Srikandi Islam Sejati

Wahai srikandi, lihat nun di sana
Islam mu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujadid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati


Wahai srikandi, khidmat mu di nanti
Ummah derita, engkau pengubatnya
Kelembutan mu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya

Namun ingat srikandi, ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuangan mu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati nurani

Wahai srikandi, kau muslimah sejati
Teguhkan iman, taqwa mu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amal mu menjadi bukti dan saksi

Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbanan mu akan disanjungi

Puteri solehah, mujahidah, ansarullah
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang
Berkorban agar Islam kan gemilang


Bersama Srikandi Islam kan gemilang
Subur disirami, harum mewangi
Wahai Srikandi, dikau muslimah sejati
Mencari dan terus mencari CINTA ILAHI..

hasil nukilan : Khalifah Umar (teman seperjuangan ku) 

Anda mungkin juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...