Aku
bertudung labuh.
Namun,
Itu
semua bukanlah sebagai bukti bahawa akulah solehah,
Bukan
jua sebagai bukti aku adalah lebih baik,
Andai
dirimu tidak selesa, mohon janganlah disinis.
Aku,
Juga manusia biasa,
Masih
berlatih mentarbiyah diri, seorang hamba.
Kita,
Merangkak
di medan yang sama,
Belum
tentu kita akan bangkit, belum tentu kita akan rebah,
Biarkan,
biarkan sahaja,
Antara
aku dan Rabbku,
Kerana
aku masih belum puas,
Bercinta
bersama Tuhanku di sebalik dakapan lembut hijab itu.
“Biarkan aku terus bercinta bersama Tuhanku,
di sebalik dakapan lembut itu.” – Humaira
Pesanan dari hati pasti terkesan
jua pada hati :
“Tundukkan
hati : Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu
roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.”