Anak-anak kecil itu
merintih,
Aku juga merintih,
Namun tiada persamaan
walau kita sama-sama merintih..
Gadis-gadis itu
merayu,
Aku juga merayu,
Namun tiada persamaan
walau kita sama-sama merayu..
Wanita-wanita tua itu
meratapi,
Aku juga meratapi,
Namun tiada persamaan
walau kita sama-sama meratapi..
Lantas...
Aku tertunduk malu..
Betapa hinanya diriku,
Kerana tiada jiwa
seperti dirimu,
Jiwa seorang yang
tabah dan terus berjuang,
Demi Allah,
kebahagiaan akan kau julang,
Walau kau diseksa dan
dibunuh begitu kejam..
Wahai Syria,
Ke depan Bashar, ke
belakang penjara,
Ke depan syahid, ke
belakang kem seksa,
Ke depan revolusi, ke
belakang hina
Darah sudah tertumpah,
Tiada erti patah
balik,
Tumbangkan sang
penzalim itu,
Atau mati penuh mulia
***
Usah sekadar melihat video sengsara mereka..
Tapi, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..
Usah sekadar meraung melihat derita mereka..
Tapi, mari kite bergerak bersama membina sahsiah unggul Islamiah
dalam diri, hati dan jiwa..
Jangan sekadar menitiskan air mata duka kerana seksaan mereka..
Tapi, mari kita berpakat untuk mujahadah bersama melawan nafsu
Syaitaniah dan Jahiliyyah dalam diri kita..
Semoga usaha kita nanti menatijahkan perjuangan yang sebenar
yang bermula dalam diri..
Semoga usaha kita nanti mendapat perhatian dan keradhaan Ilahi..
Semoga usaha kita nanti bakal menghadiahkan kemenangan yang
sebenar untuk Islam di seluruh dunia..
Semoga usaha kita membuahkan kenikmatan di syurga..
#
Syria
will be free..
Give.. Pray.. Love.. Care.. Allahu Allah..
SrikandiAisyaHumaira
21:31
23/06/2012
23/06/2012
03 Syaaban 1433H