Ya Allah
Jadikan aku setabah Sayidatina Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama tiada ragu mengucap syahadah
Tetap setia di sisi Rasulullah
Diwaktu senang dan susah
Walau hilang harta kerana berdakwah
Imannya sedikit pun tidak goyah
Mampukah aku menjadi setabah Khadijah..?
Diuji sedikit aku sudah rebah
Dihina dan dicerca sudah mengalah
Ya Allah
Izinkan aku punya iman persis Khadijah
Ya Allah
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahra
Betapa tinggi kasih dan cinta kepada ayahdannya
Tiada rasa putus asa dalam perjuangan baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua membersihkan cela
Pada jasad Rasul tercinta
Layakkah diriku menjadi semulia Fatimah..?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat diri disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi
Muliakan diriku sehingga dicemburui bidadari syurga
Ya Allah
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah
Tukang sisir beriman
dan keluarga Yasir bertaqwa
Sungguh kesabaran mereka mengoncang dunia
Iman mantap terpelihara walau nyawa menjadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka..?
Tatkala digoda nafsu dunia
Entah mana hilangnya iman di dada
Ya Rahman
Kuatkan imanku seperti Masyitah
Sabarkan aku seperti Sumayyah
Dan..
Ya Allah
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Rasulullah suaminya yang pertama
Biar dilontarkan fitnah manusia
Tetap teguh pada ketetapan-Nya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Saat hujung nyawa baginda
Hadis dan sunnah Rasul dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Mampukah aku mencontohi dirinya..?
Tatkala fitnah sudah menjadi hiburan dunia
Tanpa rasa goyah dan berputus asa
Ya Qahhar
Kuatkan imanku dikala alpa
Tetap teguh pada jalan agama
Agar aku mampu menjadi sehebat Aisya Humaira..
“Tidak ku damba pemuda sesempurna Nabi Muhammad, Kernaku tahu diri tak sehebat Aisha Humaira.. Aku hanyalah seorang sakinah, merintis jawapan dalam kegelapan, tidak mahu sesat dalam kejahilan..” - Humaira
SrikandiAisyaHumaira
01:28
05/04/2012
13 Jamadil Awal 1433H